Selasa, 8 November 2011

emmm ~

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuranSeorang sahabat, begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?Sesekali jadilah sahabat yg empati dari yang hanya simpati…..Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabatKerana dia juga seorang manusiaDia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..Sebagai kekuatan…..Jadilah kita sahabatnya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..RENUNGILAH…


benar2 terasa ngn status nie ... emmmmm ....

Isnin, 7 November 2011

nothing impossible

Assalammualaikum ...... 

waahhh ... lama x update blog , baru hari ini dpt mengupdatekannya ...
hihihihi ....

hmm ... alhmdulillah atin hari ini sihat , cuma batuk n sesak sikit nk bernafas ..
hahaha ....

ermm ... semalam atin ade laa terbuka profile dia , and fatin tgk status 
dia single ... pde mse tu fatin t'pikir,, x mungkinlah dia da putus
ngn gf nya ... pde mse yg sme jugak fatin pun xde laa nk 
mengharapkannya kembali .... huhuhu ,,, mmg x t'pikir pun ..... fatin pun bertanyakan la hal itu kat kwn atin ... atin cume nak 
kepastian je .... 

insyaAllah ,, moga hubungan mereka bahagia :))

aminnnnn .......... hihihii