Selasa, 26 Februari 2013

mirip

Hai-hai si gadis comel =) Comel ? haa entry kali ini aku nak bercerita , pasal aku bukan korang.. hikhikhik.. 

Alhamdulillah, aku nak berterima kasih lah kat sape-sape yang memuji aku nie, hikhikhik .. aku comel ! aku tak nampak pun aku nie comel ,, tapi pandangan orangkan,, so aku terimalah dengan senyuman lebar.. kihkihkih 

aku pun nak puji diri sendiri pun segan,, apetah lagi nak terima pujian dari orangkan.. dah lama dah orang cakap macam tu,, tapi buat tak tahu je,, biasalah orang nak memuji kan, terima je .. sejak aku duk umah, keje aku tu lah, hantar and amik adik aku kat sekolah,, setiap kali balik je ,, ayat first aku dengar,, " akak, kawan aku kirimsalam and dia cakap kau comel" tu jelah ayat dia hari-hari.. nanti aku tanya balik,, siapa kawan kau tu , laki ke perempuan ?" perempuan ! hehehe .. 

satu lagi ada jugak yang kaitkan rupa aku dengan artis , diana amirlah , wawa zainal lah, tapi kawan-kawan cakap lebih mirip pada wawa zainal ... Alhamdulillah, syukur ada orang cakap macam tu =) hihihi ..

macam nie ,, siket je rupa ,, wawa zainal ade lesung pipit, saya tak ada .. wuuu





Isnin, 25 Februari 2013

Hari ini tak banyak kerja rumah yang kene buat.. sebab ibu ada .. hehehe
tapi tak lah serah semuanya kat ibu.. ibu pun dah tua, sebagai anak gadis dia yang sulung kenelah bantu kan,, masa nie lah nak membalas jasa ibu dengan ayah...

walaupun tak banyak , tapi hari ini penat dapat banyak,, sebab tolong ayah betulkan atap rumah.. yelah, kena angkat atap yang berat macam gajah,, berat-berat.. nak angkat sorang,, memang tak terangkat atap tu.. mujur ada adik ngn ibu menolong.. hihihi ~

urmm ingatkan hari nie nak ngadap laptop je seharian, tapi dapat mesej pulak suh belajar kereta.. tapi takpe,, daripada melengahkan masa,, baik p belajar kan.. kalau boleh nak dapatkan lesen P secepat mungkin.. 

hari ini tak tahu nak masak ape ... uwaaaa .. ibu kata masak je pe yang ada kat dalam peti,, hekhekhek,, aku tengok ada sotong kat dalam peti , ape lagi, keluarkan bahan-bahan yang nak digunakan,, apa lagi masak sambal sotong lah .. hehehe,, tu je sedap.. yang penting ada gak lauk tengahhari kan daripada takda..

kat rumah biasalah , tengok tv je tuk hilangkan bosan , takpun online facebook, yahoo, blogger dan twitter .. tapi lebih kepada facebook dan blogger.. blogger boleh bercerita, aku suka bercerita , tapi tengok orang jugaklah kan , ada setengah orang, cepat bosan dengan bercerita.. ada setengah orang tak kesah.. tak banyak pun nak diceritakan , kehidupan aku hanya biasa sebagai anak kampung .. =)



Ahad, 24 Februari 2013

rutinku

Assalammualaikum dan selamat pagi :)
Hai guys ,, entry kali nie aku mengemas rumah,,
read it okey .. 

Pagi-pagi memang kerja aku mengemas rumah , menyapu sampah , menyidai kain , basuh pinggan , memasak , mengemop lantai.. apa lagi ek,, haa tu semua tugas aku kene buat kat rumah,, sejak aku dah berhenti kerja.. kadang-kadang dibantu ibu.. tapi aku lebih suka buat kerja rumah daripada kerja dengan orang. sebab boleh buat sesuka hati je kat umah kan. lagi satu aku suka bab hias-menghias ni ,, like a interior designer.. cehhh tu lah perkara yang aku suka buat sejak kecil lagi.. kalau kat tempat orang,, nak ubah sikit pun kene mintak kebenaran lah, itu ini.. errr berat mulut nak mintak-mintak nie.. hehehe

korang nak tahu tak perkara yang paling berat sekali aku nak buat ? hehe.. mesti korang rasa pelikkan... ermm aku rasa berat kaki nak keluar rumah walaupun dekat depan pintu sekalipun.. tanah pun tak jejak.. tu la aku kalau dah duduk rumah,, memang malas nak keluar, walaupun luar rumah.. and kerja yang paling aku lambat-lambatkan,, sidai kain.. hahaha ... memang tu je kerja yang selalu aku lambat-lambatkan,,sampaikan sanggup tunggu ibu balik dari kebun, mintak tolong sidaikan kain.. hehe. tapi ibu tak bising,, dia tahu perangai anak dia yang manja nie..

mengemas rumah nie sebenarnya tak susah and tak berat pun.. sebab hari-hari kita lakukan rutin harian yang sama.. cuma malas dan tak malas je.. best tau mengemas nie,, ayah ibu balik dari kerja seronok tengok mereka kata rumah cantik, bersih ,, lak tu dapat pujian dari ayah ngn ibu kan.. sape yang tak suka.. sebab diaorang je yang ada dirumah,, bagi yang dah bersuami lagi untung.. hehehe

pesanan-pesanan- 

kita orang perempuan kene belajar mengemas rumah dan paling penting memasak..sebb bila kita dah berumahtangga, kita yang kene buat semua kerja tu semua,, kalau dapat suami yang suka membantu jugak,, pun bagus.. sweet kan rasa .. hehehe .. tapi biarlah kita belajar dari sekarang, supaya nnti kita tak akan rasa kekok bila nak buat kerja.. kita, perempuan bila dah kahwin tanggungjawabnya berat.. macam-macam .. ceehh cakap macam dah serba tahu je kan ..
takde lah sekadar kongsi ape yang fatin tahu,, bab memasak memang kene amik tahu, ibu & makcik-makcik cakap itu resepi memikat suami supaya melekat kat rumah.. hehehe . tade jugak, takkan nak suruh suami tu makan kat luar je hari-hari, botak bakal suami tu nnti ... ehehe..

tutup sampai disini.. 
nnti lain citer pulak masuk .. 


meet Ainan Tasneem :D

Woww Alhamdulillah.. teruja sangat sebab dapat jumpa Ainan Tasneem yang terkenal dengan tajuk lagu ' Aku Suka Dia '.. teruja tak terkata.. impian untuk berjumpa artis yang sangat lah aku suka.. Hanya Allah swt sahaja tahu macam mana perasaan tu.. okey,, memang aku teruja gila.. walaupun sekejap,, akhirnya dapat jugak tengok dia secara live and berdiri bersebelahan dengannya.. sape tak teruja kan,, kalau boleh nak heboh satu dunia.. ceeehhh.. janganlah, memang kene kutuk balik. huhuhu... Now,, ainan dah meet depan-depan,, sekarang aku nak jumpa Najwa Latif pulak ... huuuu,, bila ek ? tunggu aku jadi artis lah.. kahkahkah,, berangan je kau, fatin...... 


haa.. nampakkan tu yang oren cik ainan , tengah cik atin , kanan cik siti .. okey, da nampakkan perbezaan aku sekarang kat situ.. uwaaaa :'( aku dah gemuk ... dah! korang jangan tengok aku,, tengok kiri kanan je ... hahaha.. nampak sangat baju aku tu besar sebenarnya .. hekhekhek ..

selamat malam !
Assalammualaikum... 

Sabtu, 23 Februari 2013

hujung minggu

Hujung minggu, kebiasaannya hari sabtu atau ahad , merupakan waktu dan hari bahagia bagi yang berkeluarga atau bagi anak remaja untuk berkumpul bersama family mereka. Siapa yang tak nakkan berkumpul dengan keluarga tersayang,, tentu saja ada aktiviti yang menarik dapat dilakukan bersama. misalnya, berkelah, berbaque, kunjung kerumah sanak-saudara, memancing, dll..

hari ini, aku dan keluarga berkumpul bersama, memasak bersama-sama.. setiap orang membuat resipi sendiri... hehehe... aku, aku tentulah simpel resipi ayam masak sambal sos .. k. sendiri2 masak tanpa tunjuk ajar.. so funny,, masing-masing gelabah cari bahan-bahan masakan yang nak digunakan...

okay, dapur ada dua je , so gilir-gilirlah memasakkan,, takpe, selagi belum masuk waktu makan tengahhari kan.. first, inilah rancangan aku pertama kali dengan family,, kalau tak jangan haraplah nak rasa kebahagiaan tu.. bila aku dah tak keje,, itulah aktiviti hujung minggu aku, ajak family kesana-kemari.. huh, kalau dah bekerja,, angan-anganlah.. 

lagi best kalau ada budak-budak kecil,, tentu lagi riuh. bila nak ada anak kecil ek kat rumah, nk tggu ibu,, ibu da tutup kilang.. hehehe,, aku,, wuuu aku lambat lagi, tak de orang berkenan lagi kan,, apetah lagi nak ada bakal suami kehkehkeh.. takpe, dah sampai seru nanti,, adalah kompang bertalu.. hahaha.. kau, fatin berangan je.. berangan jadi kenyataan takpe.. kalau tak jadi itu dah takdir..

haaa.. berbalik hujung minggu,, selain aktiviti memasak, petang kitaorang akan pusing-pusing kampung je.. menghirup udara segar,, kat kampung je ada udara macam tu,, kat bandar memang korang hirup asap yang menjejaskan kesihatan korang... untung aku duk kampung,, alhmdulillah, ayat yang tak pernah lekang dari bibir, tapi kadang-kadang terlupa jugak..

okaylah sampai disini je cerita aku untuk hujung minggu nie..
nanti masuk entry lain pulak ..
bye-bye :)
selamat berhujung minggu rakan-rakanku..

Aku suka Dia

ahaa... dalam hati aku hanya dia saja.. 
aku tak tahulah kenapa.. 

aku cuba jugak 
untuk orang lain tapi tak ngam.. 

nak kata aku memilih pun tak jugak. 
cuma hati nie je tetap untuk dia ....

mula kenal cuma nak kawan-kawan je
tak sangka hati ini dah terjatuh hati pulak ...
saya bukan jatuh hati sebab awak tapi mata awak..
hehehe.... 
tapi tu lah, boleh bawak kat hati tau... :)

Zaihazrin, saya sayang awak dalam diam
itu je mampu saya buat..
saya takut , saya takut harapan menjadi hampa..

mungkin awak tak tahu isi hati saya sekarang nie..
tak mengapa , kalau dah jumpa yg berkenan dihati,
awak just go on je dengan sidia ... hehehe
dengar macam sadis je kan ,, saya tak mintak simpati..

saya redha akan ketentuanNya..


# luahan ,luahan hati ... 





Jumaat, 22 Februari 2013

my kawan :)


Hai.. haa ini semua staff merangkap bestfriend. Kenal mereka pun, antara assistant dgn staf itu je
lama-lama kiteorang rapat sampaikan dah macam adik-beradik. suka melayan mereka, kepala gila-gila la katakan. Okay perkenalkan sorang-sorang ea,, yang bertdung kelabu tu kak syera, adik ika & adik ella. kak syera umur dia dah 23 tahun tu sebb panggil dia akak, hormat. hehehe..

Mula-mula kenal k.syera, sbb dia kerja kt situ dulu dan pangkat PPP , as pmbntu saya, dia tak lama ngn saya sbb nk berhenti tak sihat, masa tu kenal pun sekejap je,, kami rapat semula sebb tertentu and dia pun kembali bekerja disini (SAKAN) dari situ kami terus jadi rapat sampai sekarang,, walaupun kami berjauhan..

Ika / Mastika.. dia staff yg mula2 mmg tak bertegur, walaupun masa tu aku yg amik dia bekerja. sbb masa tu aku balik kampung, then kenal sekejap, sbb aku kene jaga cawangan lain. aku start rapat, pasal nombor kod PUK handphone aku. aku punye lah mengelabah gila, smpai tak boleh2 nak dapatkan kod puk tu. smpai mmg tak nak tukar nombor lain. sbb nombor tu penting & rasmi. huhuhu.. and tak lama aku dapat mesej daripada ika, dia nak aku jadi akak angkat dia,, fuhh,, masa tu ak baca text tu,, mmg nk tergelak.. hehehe.. tapi takpe , skrng dah pun jadi akak angkat dia serta kawan baik dia.. Dia nie perangai gila-gila, cool, open minded, ada masalah pun still tersenyum,, kalau aku ada masalah ke nk kongsi kegembiraan semuanye kat dia. Sayang and susah nak jumpa kawan yang mcm nie..

Ella / Norellawati.. aku tak tahu nak citer macam mana,, dia muncul tiba-tiba, tanpa ada peristiwa.. tapi kiteorang tetap seperti adik-beradik jugak.. Entahlah.. mmg tak ada.. sedihkan ! tape yang penting dia dah masuk sebahagian dpd keluarga aku..

Apa-apa pun akak sangat berterima kasih pada korang semua sebab sudi terima akak dalam hidup korang.. Akak sayang korang semua..  Kenangan kita tak boleh diukir dalam tulisan tapi boleh diukir dalam ingatan korang semua.. akak tahu dalam perhubungan kita ada jugak dugaan.. itu menunjukkan Allah mahu kita tahu, sama ada kita semua boleh teruskan perhubungan persahabatan itu atau tidak,, so kita semua dah nampakkan usaha-usaha kita memperbaiki hubungan itu. Jadi hargailah korang sebuah persahabatan yg telah kita bina. jangan hancurkan ia kerana dengan sifat iri hati..

Walaupun jauh, akak sentiasa ingat korang semua ....  :')
Salam sayang dr fatin ahmad :)